Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Besut (MD Besut) 2025

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Besut (MDB) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada Rakyat Negeri Terengganu) berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Majlis Daerah Besut (MDB) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J9
2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N5
3. Pembantu Penilaian Gred W1
4. Pembantu Akauntan Gred W1
5. Pembantu Kemahiran Gred H1
6. Pembantu Khidmat Am Gred H1
7. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP1

Tarikh tutup permohonan 3 Februari 2025 (Isnin).
Lokasi penempatan : MD Besut, Terengganu.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Majlis Daerah Besut (MD Besut) 2025

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Pemohon hendaklah menyatakan jawatan yang dimohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat permohonan. Setiap permohonan hendaklah disertakan bersama salinan dokumen seperti berikut:

i. Salinan Kad Pengenalan diri yang disahkan;
ii.Satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport;
iii. Salinan sijil akademik dan sijil berkaitan yang disahkan.
*Pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas atau Penghulu Mukim atau Guru Besar / Pengetua.

3. Bagi kelayakan Sijil/Diploma, sila lampirkan pengiktirafan kelayakan MQA yang dimuat turun daripada laman sesawang https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan dihantarbersama borang permohonan.

4. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan untuk tiga (3) tahun terkini.

5. Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BESUT
22200 BESUT
TERENGGANU
(U.P: BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

6. Tarikh tutup permohonan : 3 Februari 2025

Maklumat Tambahan

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

2. Pemohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Muat turun

Muat turun syarat dan kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong