Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PTG Pahang 2025

Jawatan kosong terkini di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang (PTG Pahang) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia khususnya Warga Pahang yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Contract For Service (CFS) di PTG Pahang sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5

Tarikh tutup permohonan 12 Januari 2025 (Ahad).
Lokasi penempatan : PTG pahang
Sektor : Badan Berkanun/ Kerajaan

Jawatan Kosong PTG Pahang Januari 2025

Jawatan : Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5 (Contract For Service)
Kekosongan : Sepuluh (10)
Penampatan : Daerah Cameron Highlands
Tempoh Lantikan : 3 tahun

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau Sjil Tinggi Agama atau Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Atau
Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji :RM 1,650.00); Atau

ii. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
(Gaji:RM 1,893.00); Atau

(iii) Diploma dalam bidang Undang-undang atau Hortikultur, Pemakanan, Kesihatan Haiwan atau Penternakan atau Diploma Veterinar atau Diploma Teknologi Makanan atau Diploma Pertanian atau Diploma Perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
(Gaji : RM 1,974.00.00); Dan

b. Syarat Bahasa Melayu : Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) di peringkat SPM/SVM.

Kelayakan Fizikal dan Pancaindera

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m; 
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg;
iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; 
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas;
v. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan dengan mengisi borang permohonan melalui google form secara online di pautan yang diberikan di bawah.

2. Permohonan hendaklah dibuat sebelum atau selewat-lewatnya pada 12 Januari 2025 (Ahad), jam 11.59 malam.

3. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

Pautan

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong