Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong DBKL (Personel MySTEP) Mac 2025

Jawatan kosong terkini di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Personel MySTEP di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Psikologi
2. Pegawai Perancang Bandar
3. Pegawai Teknologi Maklumat
4. Pereka Multimedia
5. Penolong Jurutera Awam
6. Penolong Pegawai Penilaian
7. Penolong Akauntan
8. Penolong Pustakawan
9. Pembantu Tadbir (Kerani Operasi)

Gaji Personel MySTEP

MySTEP Setara Ijazah : RM2,100 sebulan
MySTEP Setara Diploma : RM1,900 sebulan
MySTEP Setara SPM : RM1,700 sebulan

Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan Perkeso.

Tarikh tutup permohonan 24 Mac 2025 (Isnin).
Lokasi penempatan : DBKL Kuala Lumpur
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong DBKL (Personel MySTEP) Mac 2025

Cara Memohon

(i) Permohonan hendaklah dikemukakan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL (sila kepautan yang diberikan di bawah).

(ii) Manual Penggunaan Sistem Recruiting DBKL boleh dimuat turun di https://www.dbkl.gov.my/manual-penggunaan-sistem-recruiting-dbkl/ untuk rujukan calon.

(iii) Semakan pengiktirafan kelayakan sijil/ diploma/ ijazah sarjana muda/ ijazah sarjana boleh dibuat melalui laman web Agensi Kelayakan Malaysia iaitu https://www2.mqa.gov.my/Esisraf/kelayakan.cfm

(iv) Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, SPM, SVM, SKM, Sijil-sijil atau resume bagi jawatan berkaitan sehingga dihubungi untuk temu duga.

Catatan Am

(i) Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.

(ii) Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

(iii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah beranggapan bahawa permohonan tuan/puan tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Mac 2025 (Isnin).

Pautan

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong