1. Masukkan nama penuh seperti dalam kad pengenalan.
2. Masukkan nombor telefon yang menargetkan WhatsApp (kebiasannya akan dihantarkan kod pengesahan) atau Telegram.
Akhir-akhir ini kita melihat terdapat banyak website-website yang transparent menyerupai laman portal SPA dan sebagainya, namun tidak ketinggalan juga website kami juga terkesan kerana scammer-scammer ini telah menggunakan setiap gambar dan tajuk postingan website kami ke website mereka.
Ini adalah salah satu website scammer yang menggunakan setiap gambar dan tajuk postingan dari website kami.
1. https://jawatanmalaysia.com/
Berikut adalah gambar dan postingan yang diambil dari setiap postingan kami. Mohon berhati-hati sila kongsikan pada rakan-rakan yang lain agar tidak terpedaya dengan scammer seperti ini.
Cara untuk mencegah dari scammer yang menawarkan pekerjaan :
1. Sekiranya borang permohonan yang perlu diisi adalah nama penuh, nombor telefon (kebiasaanya nombor telefon whatsapp yang akan anda terima kod pengesahan atau nombor telefon telegram) atau nombor kad pengenalan sila pastikan dahulu alamat / address website yang betul atau yang tidak mengelirukan (website yang mengelirukan seperti contohnya scammer yang kami ambil dari TikTok seperti link berikut https://jawatan-kosong-terkinii.netlify.app/ ).
Antaranya juga salah satu lagi contoh kami ambil dari laman website scammer yang mengambil gambar dan tajuk iklan jawatan kosong dari website kami seperti https://jawatanmalaysia.com/ dan apabila anda klik pada button permohonan (Mohon Sekarang) akan mengarah ke butiran seperti gambar di bawah.
Pihak kami memohon kerjasama dari anda semua, sila maklumkan kepada kami dengan menghantarkan pautan / link website scammer melalui ruangan komen yang tersedia dibawah untuk kami masukkan senarai-senarai website scammer di artikel ini, agar kita dan rakan-rakan yang lain tidak lagi terpedaya oleh 'Job Scammer'.