Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M9

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), iklan sebagaimana berikut.

PENGAMBILAN KADET PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENGURUSAN AWAM INTAN BAGI TAHUN 2025/2026

1. Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M9
Kekosongan : 165 Simpanan : 40

Tarikh tutup permohonan 30 Disember 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M9

Jawatan : Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M9
Kumpulan : Pengurusan Dan Profesional

Taraf Pelantikan :

i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun; dan
ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. (i) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM2,580.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM3,130.00); atau
(iii) Ijazah Kedoktoran yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM3,350.00).
dan
b. lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Program Transformasi Minda

Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  • memenuhi tempoh percubaan;
  • hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
  • diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
Deskripsi Tugas

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 30 Disember 2024 (Isnin), jam 11.59 malam.

Permohonan serta kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong