Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Konstabel Polis Orang Asli Gred Y1 Tahun 2025

Jawatan kosong terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 28 tahun pada 20 Disember 2024, serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri & Daerah sebagaimana jawatan berikut.

1. Konstabel Polis Orang Asli Gred Y1 (Lelaki) Tahun 2025

Tarikh tutup permohonan 20 Disember 2024 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Konstabel Polis Orang Asli Gred Y1 Tahun 2025

Jawatan : Konstabel Polis Orang Asli Gred Y1 (Lelaki)

Syarat-Syarat Kelayakan

1. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Polis Orang Asli Gred Y1 yang dikeluarkan melalui:

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2024 bertarikh 11 September 2024 yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2024.

2. Syarat-syarat permohonan :-

a) Terdiri dari Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan;

c) Kelayakan Akademik:

i) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Y1 : RM 1,590.00]; dan
Dua (2) kepujian termasuk Bahasa Malaysia Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain atau ;

ii) Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Y1 : RM 1,590.00]; dan 
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred 'C'), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut;

Bil. Sijil Vokasional
Kluster Kursus
1. Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik - Teknologi Elektrik
- Teknologi Elektronik
2. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan - Teknologi Kimpalan
- Teknologi Automotif
3. Teknologi Kejuruteraan Awam - Teknologi Pemprosesan Kayu Dan Kemasan
4. Teknologi Kejuruteraan Marin - Teknologi Enjin Marin
- Teknologi Pembuatan Bot
5. Perniagaan - Pengurusan Perniagaan Perbankan Pemasaran
6. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi - Teknologi Sistem Komputer Dan Rangkaian
- Multimedia Kreatif (Animasi)
- Rekabentuk Grafik Industri
- Sistem Pengurusan Pengkalan Data Dan Aplikasi Web

atau;

iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau;
[Gaji permulaan ialah pada Gred Y1 : RM 1,662.00];

iv) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Y11 : RM 1,734.00];

d) Kelayakan fizikal: Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m
ii) Berat badan sekurang-kurang 48 kg
iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Kelayakan Gaji

Gred Y1 Min - Maks : RM,1,590.00 - RM4,780.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM105.00

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan sepertimana syarat-syarat kelayakan diatas hendaklah membuat permohonan jawatan melalui JAKOA di Negeri atau Daerah yang berdekatan. Sila muat turun borang permohonan jawatan di bawah.

Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 20 Disember 2024 (Jumaat).

Muat turun

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong