Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PLKN 3.0 November 2024

Jawatan kosong terkini di Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S5 Gred S29
2. Pembantu Belia Dan Sukan S1 Gred S19

Tarikh tutup permohonan 14 November 2024 (Khamis).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong PLKN 3.0 November 2024

1. Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S5 Gred S29

Umur
Awam : 28 - 45 Tahun
Pesara ATM Atau Veteran ATM : 30 - 45 Tahun
BMI : Sihat Tubuh Badan Dan Body Mess Index (BMI) Tidak Melebihi 27.0

Syarat Lantikan

Bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada gred S5: RM1,650.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada gred S5: RM1,650.00); atau
(iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada gred S5: RM1,650.00); atau
(iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada gred S5:RM1,893.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Memiliki Kepujian (sekurang - kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kriteria Tambahan

Pesara ATM dan Veteran ATM yang:
  • umur yang melebihi 45 tahun akan dipertimbangkan tertakluk kepada ketetapan panel temuduga
  • Pernah berkhidmat sebagai jurulatih PLKN 1.0 dan 2.0
2. Pembantu Belia Dan Sukan S1 Gred S19

Umur
Awam : 28 - 45 Tahun
Pesara ATM Atau Veteran ATM : 30 - 45 Tahun
BMI : Sihat Tubuh Badan Dan Body Mess Index (BMI) Tidak Melebihi 27.0

Syarat Lantikan

Bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada gred S1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada gred S1: RM1,500.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada gred S1: RM1,561.00); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada gred S1:RM1,622.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Memiliki kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kriteria Tambahan

Bagi kriteria tambahan lantikan yang disokong pada gred jawatan S1 seperti berikut:
  • Umur yang melebihi 45 tahun akan dipertimbangkan tertakluk kepada ketetapan panel temuduga.
  • Pernah berkhidmat sebagai jurulatih PLKN 1.0 dan 2.0.
  • Pesara ATM atau Veteran ATM yang memiliki pensijilan dalam bidang jurulatih kawad, kecergasan jasmani, kepimpinan dan ilmu ketenteraan.
  • Berkeupayaan untuk mendidik, melatih dan memimpin pelatih PLKN kearah modal insan yang baik.
Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui google form sepertimana di bawah.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 November 2024 (Khamis).

2. Calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.

Catatan Am

Gred perjawatan dan pelantikan adalah tertakluk kepada pelaksanaan SSPA

Permohonan

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong