Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pegawai Bomba AFRS Tahun 2025

Jawatan kosong terkini di Malaysia Airports 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Kakitangan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) di Malaysia Airports sebagaimana berikut.

1. Pegawai Bomba AFRS

Tarikh tutup permohonan 25 Oktober 2024 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Berkanun/ Swasta

Jawatan Kosong Pegawai Bomba AFRS Tahun 2025

1. PEGAWAI BOMBA

Faedah dan Kemudahan
  • Gaji pokok yang menarik bermula RM2,500 serta peluang kenaikan pangkat.
  • Caruman KWSP dan PERKESO
  • Elaun: sara hidup, dobi, syif, perumahan dan pengangkutan
  • Kemudahan perubatan dan pergigian
  • Pakaian seragam dan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) disediakan
  • Cuti tahunan
  • Bonus Tahunan (Mengikut kelayakan)
  • Skim Insuran Hayat berkelompok
Kelayakan Akademik
  • Diploma dalam pelbagai bidang dan institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang diiktiraf oleh MQA dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) melebihi 2.50
SYARAT KELAYAKAN AM

KERAKYATAN
  • Warganegara Malaysia LELAKI sahaja, maklumat akan disemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
UMUR
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun ATAU tidak melebihi 35 pada tarikh 31 Disember 2024 bekas anggota tetap ATM dan JBPM
FIZIKAL
  • Tinggi (minimum 1.60 m tanpa kasut)
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) antara julat 19 - 28.
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
PEMERIKSAAN REKOD

REKOD JENAYAH
  • Tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah. Segala maklumat pemohon akan disemak dengan mahkamah dan AADK
TAHAP KESIHATAN
  • Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan
UJIAN KETAHANAN DAN KELAYAKAN FIZIKAL

UJIAN PENDENGARAN
  • Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
UJIAN PENGLIHATAN
  • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna. Ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9
UJIAN FIZIKAL

Calon-calon dikehendaki menjalani ujian ketahanan fizikal seperti berikut:
  1. Ujian Duduk dan Jangkau
  2. Ujian Genggaman Tangan
  3. Ujian Membawa Hos RRL 30 meter
  4. Ujian Larian Ulang Alik 20 meter
  5. Ujian Lakuan Motor
Sila sertakan dokumen seperti berikut:
  • Resume (Biodata lengkap berserta gambar, tahap pendidikan, pengalaman kerja, lesen memandu, tinggi, berat dll)
  • Salinan kad pengenalan yang telah disahkan
  • Salinan Dokumen Tamat Perkhidmatan bagi anggota tetap ATM dan JBPM
  • Salinan sijil akademik dan ko-kurikulum yang telah disahkan
Kegagalan menyertakan dokumen lengkap menyebabkan permohonan anda tidak akan diterima

Sila hadir mengikut etika pemakaian yang telah ditetapkan
  • Calon yang telah disenarai pendek dikehendaki hadir ke lokasi temuduga yang akan dimaklumkan oleh pihak Malaysia Airports. Calon yang tidak menerima sebarang panggilan dikira tidak berjaya untuk ke peringkat seterusnya
  • Calon yang hadir kehendaki memakai pakaian sukan (t-shirt berkolar, seluar track bottom bersama seluar pendek, kasut sukan dan berstokin) terlebih dahulu dan membawa persalinan pakaian pejabat formal (kemeja lengan panjang berwarna cerah, tali leher, seluar pejabat, tali pinggang, kasut pejabat dan berstokin) sekiranya layak ke peringkat temuduga lisan
  • Pemakaian Jeans dan Selipar adalah TIDAK DIBENARKAN
Program Latihan Asas
  • Calon-calon yang berjaya di dalam sesi temuduga ini dan lulus tapisan keselamatan oleh PDRM dikehendaki mengikuti dan lulus Latihan Asas Kebombaan selama lapan belas (18) minggu di pusat latihan yang bertauliah.
  • Pelatih yang berjaya menamatkan latihan asas AFRS akan dilantik sebagai Pegawai AFRS Malaysia Airports Holdings Berhad
Cara Memohon

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan secara online melalui google form (sila kepautan yang diberikan di bawah).

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Oktober 2024 (Jumaat).

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong