1. Pegawai Tadbir N9 (4 Kekosongan)
2. Penolong Pegawai Tadbir N5 (4 Kekosongan)
3. Pembantu Khidmat Am H1 (2 Kekosongan)
Tarikh tutup permohonan 31 Disember 2024 (Selasa).
Lokasi penempatan : SPPP Pulau Pinang.
Sektor : Badan Berkanun
i. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan SPPP. Borang permohonan boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
ii. Bagi Penjawat Awam, permohonan mestilah lengkap dengan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (3 tahun terakhir) melalui Ketua Jabatan masing-masing.
iii. Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.
iv. Permohonan yang tidak dilengkapi dengan gambar, salinan sijil berkaitan atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak. Surat-menyurat tidak akan dilayani.
v. Penggunaan borang permohonan yang dibuat salinan adalah dibenarkan.
vi. Calon yang mempunyai pengalaman kerja berkaitan akan diberi keutamaan.
vii. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
viii. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
ix. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dengan resume dan salinan sijil-sijil yang berkaitan serta lain-lain dokumen yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :-.
PENGURUS BESAR
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
ARAS 2, SWETTENHAM PIER CRUISE TERMINAL
NO. 1A, PESARA KING EDWARD
10300 GEORGE TOWN, PULAU PINANG
Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2024 (Selasa).
Muat turun
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini