Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) 2024

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada Rakyat Negeri Johor darul Ta’zim) yang berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Undang-Undang L41
2. Juruaudit W41
3. Penolong Pegawai Tadbir N29

Tarikh tutup permohonan 26 September 2024 (Khamis).
Lokasi penempatan : MPBP Johor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) 2024

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :

Permohonan hendaklah disertakan "video resume" yang berdurasi tidak lebih dari 3 minit dalam bentuk softcopy. Garis panduan penyediaan "video resume" adalah sebagaimana berikut :

a) Video tersebut hendaklah menggunakan suara pemohon sebenar.

b) Kandungan video tersebut hendaklah merangkumi sebahagian besar perkara-perkara di bawah ;

i. Ringkasan latar belakang keluarga pemohon.
ii. Ringkasan latar belakang pendidikan pemohon.
iii. Ringkasan pengalaman kerja pemohon.
iv. Pekerjaan / aktiviti terakhir atau semasa pemohon.
v. Ringkasan pencapaian / anugerah tertinggi pemohon.
vi. Ringkasan hobi dan kegiatan luar pemohon.
vii. Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau "NGO".
viii. Ringkasan kelebihan / kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dimohon.
ix. Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon.
x. Ringkasan kelemahan / kekurangan pemohon.

c) Pemohon digalakkan menghasilkan "video resume" yang unik dan kreatif.

d) Video hendaklah disimpan di dalam CD atau "pendrive" dan dilampirkan bersama-sama dengan borang permohonan.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat- syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang berkuat kuasa serta pindaan- pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun secara percuma pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Batu Pahat
Aras 12, Menara MPBP, Jalan Rugayah,
83000 Batu Pahat, Johor

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 26 SEPTEMBER 2024 (KHAMIS) JAM 3.30 PETANG

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :

1. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 3 tahun berturut-turut.

2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil berhenti sekolah (Tingkatan 5), sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Gred 41 ke atas / Penghulu / Pengetua / Guru Besar/ Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak.

4. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

5. Semakan permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi MPBP www.mpbp.gov.my atau facebook rasmi Majlis Perbandaran Batu Pahat dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas tempoh tersebut adalah dianggap tidak berjaya.

6. Pentadbiran MPBP tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

MUAT TURUN

Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI