Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 2024. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada anak Negeri Selangor) yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Teknologi Maklumat F41
2. Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Tarikh tutup permohonan 03 Oktober 2024 (Khamis).
Lokasi penempatan : MPAJ Selangor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong MPAJ September 2024

Perhatian Kepada Pemohon :

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ 1 (Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat turun borang pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:

a) Salinan Kad Pengenalan
b) SalinanSijil Kelahiran;
c) Salinan Sijil-sijil Persekolahan
d) Salinan Sijil Berhenti Sekolah Menengah;
e) Salinan Kelulusan Akademik beserta transkrip (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara - (jika berkenaan);
(Semua Salinan di atas hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Pengurusan dan Profesional/ Pengetua Sekolah/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung).
f) Sekeping gambar ukuran passport; dan
g) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan.

3. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang telah DIAKUI SAH.

4. Calon-calon yang layak dan mematuhi syarat sahaja akan menjalani Ujian Kecerdasan (IQ Test) dan Ujian Kecergasan (Fitness) (sekiranya ada) sebelum layak dipanggil untuk sesi temuduga.

Perhatian Penting :

1. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.

2. Hanya calon yang berjaya sahaja akan dipanggil temuduga.

3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

4. Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

5. Slip akuan penerimaan borang permohonan hendaklah diisi dan disertakan dengan setem RM1.50 sen.

6. Sebarang pertanyaan atau kesulitan sila hubungi talian 03-4285 7040 / 7037.

Semua permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
MENARA MPAJ
JALAN PANDAN UTAMA
PANDAN INDAH
55100 KUALA LUMPUR
(U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 Oktober 2024 (Khamis).

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI