Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) 2024

Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan) berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Kesihatan Persekitaran U41
2. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa J41
3. Arkitek J41
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
5. Penolong Pegawai Tadbir N29
6. Penolong Jurutera JA29
7. Ahli Muzik B29
8. Penolong Pegawai Keselamatan KP29
9. Ahli Muzik B19
10. Pemandu Kenderaan H11
11. Pembantu Operasi N11

Tarikh tutup permohonan 20 September 2024 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MBDK Selangor
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) 2024

Cara Memohon

Tertakluk Dibawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Perhatian Kepada Pemohon:

i. Permohonan hendaklah dibuat melalui Sistem Pengurusan Sumber Manusia (SPSM) secara online (sila kepautan yang diberikan di bawah).

ii. Permohonan melalui online Sistem Pengurusan Sumber Manusia (SPSM) hendaklah disertakan dengan muat naik gambar berukuran passport dan salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan dan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Pengetua Sekolah/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung sebelum muat naik dalam sistem mengikut format PDF (tidak melebihi 1.2MB).

iii. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) yang telah diakui sah.

iv. Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak layak dan tidak akan dipertimbangkan.

v. Hanya calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

vi. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

vii. Keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Selangor.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 September 2024 (Jumaat).

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI