Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2024

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Kontrak di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Bil. Bandar dan Negeri Bil. Kekosongan
1. Kangar, Perlis 2
2. Alor Setar, Kedah 2
3. George Town, Pulau Pinang 2
4. Ipoh, Perak 2
5. Seremban, Negeri Sembilan 1
6. Ayer keroh, Melaka 1
7. Johor Bahru, Johor 2
8. Kuantan, Pahang 2
9. Kuala terengganu, Terengganu 1
10. Kota Bharu, Kelantan 2
11. Sandakan, Sabah 1
12. Tawau, Sabah 1
13. Kuching, Sarawak 2
14. Sibu, Sarawak 2
15. Miri, Sarawak 1

Tarikh tutup permohonan 19 Ogos 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Ogos 2024

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Jadual Gaji : RM2,000.00 sebulan (Gaji Pukal)

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelulusan di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu;
2. Calon memiliki tahap pendidikan tertinggi STPM atau Diploma adalah digalakkan untuk memohon.

Cara Memohon

1. Pemohon perlu mengemukakan dokumen seperti berikut :
  • Resume
  • salinan MyKad
  • salinan sijil kelahiran
  • salinan kelulusan akademik (SPM)
  • gambar terkini berukuran pasport (tidak dikembalikan)
  • sijil berhenti sekolah dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
2. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas)/ Ketua Kampung/Penghulu/ Penggawa/ Pengerusi JKKK.

3. Dokumen yang lengkap tersebut perlu dihantar melalui emel ke alamat emel : upsm@spa.gov.my

ATAU

Dihantar ke alamat seperti berikut:

SETIAUSAHA BAHAGIAN
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
ARAS 11, BLOK F1, KOMPLEKS F
NO. 2, LEBUH PERDANA TIMUR A, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62000 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Sumber Manusia)

Catatan Am

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas dua (2) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI