Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPKluang Ogos 2024

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Johor) berumur tidak kurang 18 tahun serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap / Kontrak di Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Penilaian W29
2. Penolong Pegawai Senibina JA29
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
4. Pembantu Tadbir (P/O) N19
5. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19
6. Pembantu Pustakawan S19

Tarikh tutup permohonan 17 Ogos 2024 (Sabtu).
Lokasi penempatan : MPKluang Johor.
Sektor: Badan Berkanun

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang) Ogos 2024

Permohonan

a) Permohonan hendaklah SECARA ONLINE DI LAMAN WEB MAJLIS PERBANDARAN KLUANG, sila kepautan yang diberikan di bawah.

b) Permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan gambar berukuran passport terkini dan salinan sah bagi dokumen-dokumen berikut:

i. Sijil kelahiran
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil Berhenti Sekolah
iv. Sijil Keputusan Peperiksaan Darjah Khas
v. Sijil-sijil Keputusan Peperiksaan Persekolahan
vii. Sijil-sijil Peringkat Pengajian Tinggi

Semua Salinan dokumen tersebut hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan B/Penghulu, Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop nama, jawatan dan jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

Perhatian Kepada pemohon

a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini;

b) Permohonan bagi Gred 29 dan ke atas hendaklah disertakan dengan 'video resume' sebagaimana berikut:

i. Berdurasi tidak lebih 3 minit
ii. Menggunakan suara pemohon sebenar
iii. Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah:
  • Ringkasan Latarbelakang keluarga pemohon
  • Ringkasan Latarbelakang Pendidikan pemohon
  • Ringkasan pengalaman kerja pemohon
  • Pekerja/aktiviti terakhir atau semasa pemohon
  • Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohonan
  • Ringkasan dan hobi kegaitan luar pemohon
  • Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau 'NGO'
  • Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon
  • Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon
  • Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon
iv. Pemohon digalakkan menghasilkan video resume yang unik dan kreatif dan hendaklah dihantar melalui email kepada uru setia di alamat hrmpkluang@gmail.com Sila pastikan setia video yang dihantar mempunyai nama pemohon/no. K/P dan jawatan dipohon (rename).

c) Pemohon perlu mematuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan dan muat turun gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan. Pemohon yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan atau tidak lengkap akan DITOLAK.

Hanya calon-calon yang ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dihubungi untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap sebagai TIDAK BERJAYA.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan hendaklah dikemukakan sebelum atau slewat-lewatnya pada 17 Ogos 2024 (Sabtu).

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong