Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Johor atau telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut) berumur tidak kurang 18 tahun serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Pegawai Penguatkuasa KP41
4. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

Tarikh tutup permohonan 01 September 2024 (Ahad).
Lokasi penempatan : MBJB Johor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Ogos 2024

Cara Memohon

(a) Permohonan boleh dibuat secara atas talian sepenuhnya melalui Sistem eJawatan di pautan yang diberikan di bawah.

(b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab 'A' Bil. 17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 01 SEPTEMBER 2024.

(d) Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan dokumen-dokumen sebagaimana berikut dan telah diakui SAH :-

(i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
(ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
(iii) salinan transkrip pengajian;
(iv) salinan sijil Diploma/ljazah;
(v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil / Diploma / Ijazah);
(vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
(vii) salinan Lesen Kelas Memandu;
(vii) salinan kad pengenalan;
(ix) salinan sijil kelahiran; dan
(x) gambar berukuran pasport terbaru.

Catatan Am

(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung jawab calon sendiri.

(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

(d) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan akan ditolak serta merta.

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI