1. Penolong Pegawai Teknologi Makluma FA29
Tarikh tutup permohonan 11 Ogos 2024 (Ahad).
Lokasi penempatan : LMNPP Pulau Pinang
Sektor: Badan Berkanun
(i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
(ii) Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.
(iii) Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran passport, butiran diri (resume) yang menyatakan kelayakan akademik, pengalaman bekerja, kad pengenalan, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah disahkan daripada salinan asal.
(iv) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan.
(v) Semua permohonan hendaklah dialamatkan atau diemelkan kepada :-
Bahagian Pentadbiran (Perjawatan)
Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang
No. 57 Jalan Macalister
10400 George Town
Pulau Pinang
atau
perjawatanlmnpp@gmail.com
(vi) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima untuk pertimbangan.
Catatan Am
(i) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temu duga.
(ii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(iii) Segala perbelanjaan bagi urusan temu duga hendaklah ditanggung oleh calon-calon sendiri.
(iv) Hanya calon-calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dimaklumkan.
(v) Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang cergas dan mempunyai daya inisiatif / komitmen yang tinggi dalam tugas yang dipertanggungjawabkan.
Muat turun syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini