Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Guru Gred DG41 Ogos 2024

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) 2024. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan dan Graduan Bukan Pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti sebelum atau pada tarikh tutup hebahan ini (23 Ogos 2024) bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Kontrak (Interim) bagi Graduan Pendidikan dan secara Contract of Service (COS) bagi Graduan Bukan Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Tarikh tutup permohonan 23 Ogos 2024 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Sarawak
Sektor: Kerajaan

Jawatan Kosong Guru Gred DG41 Ogos 2024

1. KETERANGAN

1.1 Syarat-syarat lantikan PPP Gred DG41 Kontrak (Interim) dan Contract of Service (CoS):

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan ini;

(c) Memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan; dan

(d) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(e) Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Inggeris, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR). Senarai ujian yang dijajarkan dengan CEFR adalah seperti di Lampiran 1;

(f) Bagi opsyen mata pelajaran di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/Pendidikan Islam/Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM;

(g) Bagi opsyen mata pelajaran di SJKT (kecuali Bahasa Melayu/Pendidikan Islam/Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di peringkat SPM;

(h) Bagi opsyen Tahfiz, graduan disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Bagi graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat tersebut; dan

(i) Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Iban, graduan perlu memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Iban. Graduan yang tidak memiliki kelulusan tersebut, tetapi merupakan penutur asli (native speaker) atau yang mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut juga layak memohon. Calon yang memiliki minor dalam Bahasa Iban adalah digalakkan untuk memohon.

2. GRADUAN YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

2.1 Calon yang telah dipanggil temu duga pada tarikh 16 hingga 18 Julai 2024;

2.2 Graduan yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia tidak layak memohon sebagai PPP DG41 Contract of Service (CoS);

2.3 Graduan yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan;

2.4 Guru interim;

2.5 Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam;

2.6 Seorang bankrap; dan

2.7 Memperoleh keputusan senat universiti selepas 23 Ogos 2024.

3. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

3.1 Calon yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan(mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) dengan memilih Sarawak sebagai Pilihan Pusat Temu Duga mulai dari 1 Ogos sehingga 23 Ogos 2024 (Jumaat).

3.2 Calon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

3.3 Calon TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan dari tarikh tutup hebahan bermula 24 Ogos 2024 sehingga 7 September 2024.

4. MAKLUMAT DAN PERHATIAN

4.1 Graduan Bukan Pendidikan WAJIB menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) secara dalam talian sebelum ditemu duga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Contract of Service (COS). Maklumat lanjut berkaitan UKCG akan dimaklumkan selepas tarikh tutup hebahan;

4.2 Kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda pemohon akan dipadankan mengikut kluster mata pelajaran KPM dan hanya yang berpadanan sahaja akan disenarai pendek untuk panggilan temu duga tertakluk kepada kekosongan dan sekiranya calon telah melepasi semua tapisan yang telah ditetapkan.

4.3 Graduan yang lulus temu duga dan ditawarkan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Kontrak (Interim) dan Contract of Service (COS) hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat-syarat di dalam surat tawaran serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa dan bersedia untuk berkhidmat di mana-mana sekolah sama ada di kawasan bandar atau pedalaman;

4.4 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Contract of Service (COS) yang tiada ikhtisas pendidikan diwajibkan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) yang akan dikendalikan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh kontrak;

4.5 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Kontrak (Interim) dan Contract of Service (COS) dikehendaki berkhidmat di sekolah yang ditetapkan dan tidak akan dipertimbangkan sebarang permohonan pertukaran sepanjang tempoh kontrak;

4.6 Graduan perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada MQA untuk dibawa semasa menghadiri temu duga; dan

4.7 Graduan boleh menyemak taraf kelayakan pendidikan di pautan berikut:

(a) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm; atau
(b) https://www2.mqa.gov.my/mqr/

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

23 Ogos 2024 (Jumaat) – graduan yang telah mengisi permohonan di portal MySPP perlu mengisi pautan berikut bagi tujuan semakan permohonan.

Permohonan jawatan secara online disini

Permohonan dan kemaskini jawatan di MySPP disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI