Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MIROS Disember 2024

Jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Kontrak Projek (Setara Gred Q41)
2. Pegawai Kontrak Projek (Setara Gred N29) A
3. Pegawai Kontrak Projek (Setara Gred N29) B
4. Pembantu Khidmat Am Gred H1

Tarikh tutup permohonan 11 Disember 2024 (Rabu).
Lokasi penempatan : MIROS Selangor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong MIROS Disember 2024

Cara Memohon

1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:

(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan).
(d) Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan.
(e) Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di sesawang Badan Pengiktirafan Kelayakan (MQA) / (MQR) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.

4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:

Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Disember 2024 (Rabu) jam 1:00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.

6. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.

Iklan dan borang permohonan

Iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong