Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Arkib Negara 2024

Jawatan kosong terkini di Jabatan Arkib Negara 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Arkib Negara sebagaimana berikut.

1. Pembantu Arkib Gred S19

Tarikh tutup permohonan 22 Julai 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : Sarawak
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Arkib Negara Julai 2024

1. Pembantu Arkib Gred S19
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,352.00 - RM4,003.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,352.00)
atau
(ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,408.40)
atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,464.80)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keperluan Bidang
(Ditetapkan Oleh Ketua Perkhidmatan)

Keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 3 Operasi Kawalan Dokumen

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 22 Julai 2024 (Isnin), jam 11.59 malam.

Permohonan serta kemaskini jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI