Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PLANMalaysia Johor 2024

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di PLANMalaysia Johor sepertimana berikut.

1. Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
4. Pemandu Kenderaan H11

Tarikh tutup permohonan 16 Mei 2024 (Khamis).
Lokasi penempatan : PLANMalaysia Johor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong PLANMalaysia Johor Mei 2024

Cara Memohon

1. Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang PMJ/PER/01/2024 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Iklan dan syarat kelayakan disertakan bersama borang permohonan (sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah).

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat :-

Pengarah
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor
(PLANMalaysia Johor)
Aras 1, Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang,
79646 Kota Iskandar,
Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.

(Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Mei 2024 (Khamis).

Perhatian Kepada Pemohon

(a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi tahunan terkini;

(b) Semua borang permohonan hendaklah dilengkapkan dan disertakan dengan gambar berukuran passport terkini dan salinan diakui sah dokumen-dokumen yang berkaitan seperti berikut : -

i. Sijil Kelahiran;
ii. Kad Pengenalan;

iii. Sijil Berhenti Sekolah
iv. Salinan sijil-sijil akademik dan kelayakan yang berkaitan
v. Salinan Semakan Pengiktirafan Kelayakaan Pendidikan dari JPA melalui pautan https://www2.mqa.gov.my/asisraf/kelayakan.cfm
(Sijil/Diploma/Ijazah)
vi. Salinan Diploma serta salinan transkrip (sekiranya berkaitan)
vii. Salinan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (Untuk jawatan Pemandu Kenderaan)

(c) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;

(d) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil ke sesi temuduga;

(e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Muat turun syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong