Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MP Kulai Mei 2024

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kulai (MPKulai) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Majlis Perbandaran Kulai (MPKulai) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Taraf Tarikh tutup
1. Pegawai Kesihatan Persekitaran U41 Tetap / Kontrak 19 Mei 2024
2. Pembantu Penguatkuasa KP19 Kontrak 19 Mei 2024
3. Pembantu Tadbir (P/O) N19 Kontrak 19 Mei 2024

Tarikh tutup permohonan 19 Mei 2024 (Ahad).
Lokasi penempatan : MPKulai Johor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong MP Kulai Mei 2024

Cara Memohon

1. Permohonan-permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Majlis Perbandaran Kulai yang boleh diperolehi daripada Pejabat Majlis secara percuma. Borang Permohonan pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi satu jawatan yang dipohon.

3. Permohonan hendaklah disertakan bersama sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan dan Sijil Berhenti Sekolah (setiap salinan sijil hendaklah diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas atau Penghulu Mukim atau Guru Besar / Pengetua).

4. Bagi kelayakan Sijil/ Diploma/ Ijazah perlu dilampirkan pengiktirafan kelayakan di jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Laman Web http://www2.mqa.gov.my/esisraf dan dihantar bersama borang permohonan.

5. Permohonan yang lewat diterima, tanpa gambar dan tanpa dokumen – dokumen di atas dan tidak mengikut syarat/peraturan tidak akan dilayan.

6. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.18 dibawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam Tahun 2012 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi, Surat Kebenaran Permohonan dari Ketua Jabatan dan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

7. Permohonan hendaklah dihantar terus kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KULAI
JALAN PEJABAT KERAJAAN
81000 KULAI, JOHOR
U.P.: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

Sebelum jam 5.00 petang pada 19 Mei 2024 dengan mencatat nama dan jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat.

Hanya calon-calon yang berkelayakan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Mereka yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

Iklan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong