Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Tenaga Atom 2024

Jawatan kosong terkini di Jabatan Tenaga Atom 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Tenaga Atom sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Sains C29

Tarikh tutup permohonan 14 Mei 2024 (Selasa).
Lokasi penempatan : Selangor
Sektor : Badan Berkanun/ Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Tenaga Atom Mei 2024

Jawatan : Penolong Pegawai Sains C29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gai Min - Maks : RM1,505.00 - RM5,696.00
kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Keperluan Bidang

i) Kimia;
(ii) Kimia Gunaan;
(iii) Kimia Industri;
(iv) Biokimia;
(v) Mikrobiologi; atau
(vi) Teknologi Makmal/ Teknologi Makmal Perubatan.

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh STPM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Syarat Dan Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat principal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau
(ii) Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,782.91); atau
(iii) Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 14 Mei 2024 (Selasa), jam 11.59 malam.

Permohonan serta kemaskini jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI