Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UiTM Negeri Sembilan 2024

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Negeri Sembilan sebagaimana berikut.

1. Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT)

Tarikh tutup permohonan 15 Ogos 2024 (Khamis).
Lokasi penempatan : UiTM Negeri Sembilan
Sektor: Badan Berkanun

Jawatan Kosong UiTM Negeri Sembilan Ogos 2024

Cara-Cara Membuat Permohonan

1. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan, sila kepautan yang diberikan di bawah.

2. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di dalam sistem Pengambilan UiTMCNS dengancbayaran RM10.00 bagi setiap nombor pin untuk setiap satu jawatan yang dimohon.

3. Sekiranya anda terpilih untuk ditemuduga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu (1) salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temuduga. Sekiranya dokumen lengkap tidak dikemukakan, panggilan temuduga adalah terbatal. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan mengikut susunan berikut:

i. Borang Permohonan
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil Kelahiran
iv. Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
v. Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
vi. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
vii. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/penetapan gaji
viii. Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
ix. Dokumen berkaitan yang dipohon

4. Maklumat tambahan, bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

• Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara
• Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah tidak berjaya.

6. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan di proses.

7. Tarikh iklan dikeluarkan pada 01 Ogos 2024 (Khamis). Tarikh tutup permohonan adalah pada tarikh 15 Ogos 2024 (Khamis).

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan di sini.

Alamat:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KAMPUS KUALA PILAH, BETING
72000, KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN
No Tel:+(606)-4823 2100 / 483 2210
Email: gpentadbirancns@uitm.edu.my

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong