Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UiTM Kedah 2025

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2025. permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani sebagaimana berikut.

1. Pensyarah Universiti
- Profesor VK7
- Profesor Madya DS14
- Pensyarah Kanan DS13
- Pensyarah DS11

Tarikh tutup permohonan 23 Januari 2025 (Khamis).
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Kedah
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong UiTM Kedah Januari 2025

Perhatian Kepada Pemohon

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan‐Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

3. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen berikut:
  • Kad Pengenalan
  • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  • Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – dari laman sesawang : http://www2.mqa.gov.my/esisraf atau MQR: http://www2.mqa.gov.my/mqr.(wajib disertakan)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan / Badan Berkanun / separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
  • Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun berturut-turut (Bagi jawatan gred 9 dan ke atas)
4. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor :

a. Pemohon–pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

5. Nama jawatan, bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan / badan berkanun / separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

7. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

8. Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

9. Pemohon–pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah.

Permohonan

1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UiTM CAWANGAN KEDAH
KAMPUS SUNGAI PETANI
08400, MERBOK
KEDAH DARUL AMAN

NO. TEL: (04) 4562053 / 2059

Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Januari 2025.

Muat turun

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong