1. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
Tarikh tutup permohonan 24 Mei 2024 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan/ Berkanun
Bilangan Kekosongan : 100
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,493.00 - RM5,696.00
Elaun
i. Imbuhan Tetap Khidmat Awam
ii. Imbuhan Tetap Perumahan
iii. Bayaran Imbuhan Sara Hidup
Kemudahan
i. Cuti Rehat (25 hari setahun)
ii. Faedah Rawatan Perubatan (diri/ isteri/ suami/ anak dan ibu bapa)
Tugasan
Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan, aktiviti kuarantin dan penguatkuasaan di Pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin di Malaysia bagi memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan bebas dari ancaman perosak, penyakit, bahan cemar.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang MAQlS/KONTRAK/1/2024 (sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah). Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan resume, dokumen sokongan berkaitan yang disahkan, dan dikemukakan kepada:
Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan
Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
Aras 4,Wisma Tani,Lot 4G1, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan 62624
PUTRAJAYA
Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat di atas sebelum atau pada 24 Mei 2024 (Jumaat).
Catatan Am
Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang jawapan daripada MAQIS ini dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan.
Pertanyaan
Sekiranya ada sebarang pertanyaan tentang perkara berkaitan boleh menghubungi:-
(i) Puan Noor Azleeza binti Mohd Noor
Emel : azleeza@maqis.qov.my
Telefon :03-8870 1974
(ii) Encik Ku Akram Bin Ku Mansor
Emel : kuakram@maqis.qov.my
Telefon :03-8870 1975
Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini