1. Pemandu Kenderaan Gred H11
Tarikh tutup permohonan 18 Jun 2024 (Selasa).
Lokasi penempatan : FINAS Semenanjung dan Sarawak.
Sektor : Badan Berkanun
a) Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online), sila kepautan yang diberikan di bawah.
b) Sebarang permohonan melalui surat, e-mel atau taks tidak akan dipertimbangkan.
Maklumat bertanda * hendaklah wajib diisi.
c) Sila isi Nama Jawatan dengan lengkap seperti yang tertera di ruangan iklan.
1. Contoh: Pemandu Kenderaan Gred H11.
2. Setiap pemohon hanya dibenarkan memohon satu (1) jawatan sahaja.
d) Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disahkan dan dimuat naik (upload):
1. Gambar berukuran pasport terkini
2. Sifil kelahiran
3. Kad Pengenalan (depan dan belakang) diimbas (scan) terlebih dahulu dan disimpan sebagai (.pdf atau .jpeg)
4. Sijil Berhenti Sekolah
5. Salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)
6. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
7. Lesen Kenderaan (depan dan belakang) diimbas (scan) terlebih dahulu dan disimpan sebagai (pdf atau .jpeg)
e) Sila klik butang submit. Pemohon akan menerima satu notifikasi "Permohonan anda berjaya dihantar".
f) Calon yang berjaya dan dipanggil temu duga hendaklah membawa sijil asal dan setiap salinan berikut iaitu kad pengenalan, lesen memandu, sijil kelahiran, sijil persekolahan, sijil kelulusan tertinggi dan sijil-sijil yang berkaitan jawatan yang dipohon. Semua salinan dokumen haruslah disahkan dengan cop asal (bukan cop salinan fotostat). (Semua dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKK / Pengetua / Guru Besar / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam).
g) Permohonan daripada penjawat yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama salinan Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini (2021, 2022 dan 2023) dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Pengisytiharan Harta. Lampiran tersebut tidak perlu dimuat naik dan hanya perlu dibawa jika terpilih untuk ditemu duga sahaja.
Catatan Am
a) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan DITOLAK.
b) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Permohonan jawatan secara online disini