Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Perbadanan Labuan (PL)

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Labuan (PL) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak Interim di Pelabuhan Labuan (PL) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Taraf Iklan dan Syarat Borang Tarikh Tutup
1. Personel MySTEP (SPM) MySTEP Muat turun Muat turun 20 Dec 2024

Tarikh tutup permohonan 20 Disember 2024.
Lokasi penempatan : PL Labuan.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Perbadanan Labuan (PL) November 2024

Syarat Permohonan

i. Borang Permohonan dan maklumat Jawatan kosong boleh didapati melalui pautan yang diberikan di atas.

ii. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan seperti berikut:
a. Sekeping gambar (ukuran passport) terkini;
b. Salinan kad pengenalan terkini ;
c. Salinan Sijil lahir pemohon dan Ibubapa;
d. Salinan Sijil-sijil persekolahan dan kelulusan akademik; (SPM/ DIPLOMA)
e. Salinan Sijil berhenti sekolah;
f. Salinan Sijil Digital Lengkap Vaksinasi Covid-19 dan
g. Salinan Sijil kegiatan luar dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
(semua salinan dokumen yang dinyatakan di atas perlu disahkan dari salinan asal oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas atau pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pendidikan untuk sijil-sijil berkaitan)

iii. Pemohon hendaklah bebas daripada apa-apa rekod jenayah, tidak menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya serta tiada masalah penyakit kronik yang boleh menjejaskan prestasi kerja;

iv. Permohonan yang lewat, tidak lengkap seperti yang dinyatakan di para (ii) dan (iii) di atas atau tidak mengikut syarat-syarat tersebut akan ditolak; dan

v. Pihak Perbadanan Labuan tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan penghantaran borang permohonan jawatan.

Permohonan hendaklah sampai kepada :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN LABUAN
WISMA PERBADANAN LABUAN
TINGKAT BAWAH BLOK A
PETI SURAT 81245
87022 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
(U.P: JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Permohonan hendaklah sampai selewat-lewatnya pada atau sebelum 20 Disember 2024.

Catatan Am

1. Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temu duga.
2. Sekiranya pemohon yang tidak menerima panggilan untuk sesi temuduga selepas enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan mereka adalah tidak berjaya.
3. Sekiranya pemohon yang dijemput hadir temuduga tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh temuduga diadakan, permohonan mereka adalah tidak berjaya.
4. Perbadanan Labuan boleh melanjutkan tempoh validasi borang permohonan sehingga tempoh yang ditetapkan.
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong