Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Terkini MBSJ Januari 2025

Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada rakyat DYMM Sultan Selangor serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sebagaimana berikut.

1. Arkitek Landskap J9
2. Pegawai Kawalan Alam Sekitar C9
3. Pegawai Kesihatan Persekitaran U9
4. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa J9
5. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar C5
6. Penolong Arkitek Landskap JA5
7. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5
8. Penolong Pegawai Tadbir N5
9. Ahli Muzik B5
10. Artis Budaya B5
11. Pembantu Penguat Kuasa KP1
12. Pembantu khidmat Am (Operasi) H1
13. Pembantu Khidmat Am (Pemandu) H1
14. Juruteknik Komputer FT1
15. Pembantu Penilaian W1

Tarikh tutup permohonan 16 Januari 2025 (Khamis).
Lokasi penempatan : MBSJ Selangor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2025

Cara Memohon

a. Permohonan hendaklah dibuat secara online. Sila muat turun Manual Tatacara Permohonan Jawatan Kosong di bawah.

b. Permohonan yang memiliki syarat-syarat yang dikehendaki sahaja akan dipertimbangkan dan hanya calon-calon yang lulus tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Pihak MBSJ akan menghantar e-mel kepada calon-calon yang telah disenarai pendek bagi mengemukakan 1 Salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung seperti berikut:-

i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran calon dan ibubapa.
ii. Salinan Sijil berhenti Sekolah Rendah, Menengah dan Sijil-sijil yang berkaitan.
iii. Salinan Kelulusan Akademik SRP/PMR, SPM/SPVM, STPM, STAM,Sijil-Sijil, Diploma, atau Ijazah (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
iv. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester – (jika yang berkenaan).
iv. Borang pemastautin daripada Penghulu Setempat. (Sekiranya tuan/puan, ibu/bapa bukan Anak Selangor)

c. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ’A’ 1973 dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

i. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi / tidak memenuhi syarat akan ditolak.
ii. Hanya calon-calon yang layak dan lulus tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

d. Tarikh tutup permohonan pada 16 HB JANUARI 2025.

Pautan

Muat turun manual tatacara penggunaan permohonan jawatan kosong MBSJ disini

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong