Bil. | Jawatan dan Gred | Kekosongan | Penempatan | Tarikh Tutup |
---|---|---|---|---|
1. | Penolong Guru Tabika Perpaduan H1 | 8 | Selangor | 19 Mac 2025 |
2. | Penolong Guru Tabika Perpaduan H1 | 2 | Melaka | 18 Mac 2025 |
3. | Penolong Guru Tabika Perpaduan H1 | 8 | Sabah | 17 Mac 2025 |
Tarikh tutup permohonan sehingga 19 Mac 2025.
Lokasi penempatan : JPNIN Pelbagai Negeri.
Sektor : Badan Berkanun
1. Permohonan hendaklah dibuat dalam borang permohonan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 18, Peraturan –peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
3. Borang Permohonan hendaklah disertakan dengan gambar terkini (berukuran pasport), salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil dan transkrip kelulusan akademik, sijil berhenti sekolah, Sijil Vaksinasi Covid-19 serta dokumen sokongan berkaitan yang telah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’ atau gred 10 ke atas atau Penghulu dan Ketua Kampung sebanyak dua (2) salinan.
Permohonan Yang DITOLAK
Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:
i) Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan
ii) Tidak lengkap atau tidak terang
iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan
iv) Tidak menandatangani borang permohonan
v) Tidak mengesahkan salinan dokumen yang disertakan
Catatan Am
1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.
2. Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungan sendiri dan jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.
Pautan
Iklan dan syarat-syarat permohonan jawatan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini