1. Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT)
Tarikh tutup permohonan 23 September 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Kelantan
Sektor : Badan Berkanun
1. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
- Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa
- Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
- Sijil SPM/ MCE, HSC/ STPM atau setaraf
- Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (Ph.D) (Skrol dan Transkrip Akademi Terperinci)
- Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik
1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Sila kemukakan DOKUMEN melalui pautan seperti berikut: https://forms.gle/t1hc16VMWZYngRZu9
3. Pemohon – pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/ Kelas Kedua Tinggi/ Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
4. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)
5. Borang/ dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.
6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
7. Pemohon - pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
8. Pemohon-pemohon yang menuntut di Tahun Akhir Universiti Awam / Swasta adalah tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan kecuali keputusan semester akhir telah diperakukan oleh SENAT.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 SEPTEMBER 2024 (ISNIN).
Sebarang pertanyaan, boleh merujuk kepada:
- Unit Perjawatan (unitperjawatanuitmck@uitm.edu.my)
- 09-9762012 (Whatsapp Business)
- 09-9762068 (Whatsapp Business).