Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PTPTN Mac 2025

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Tadbir Gred N9
2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N5

Tarikh tutup permohonan 17 Mac 2025 (Ahad).
Lokasi penempatan : PTPTN Kuala Lumpur
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong PTPTN Mac 2025

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara atas talian (online) sebelum 11.59 malam, Isnin, 17 Mac 2025 di pautan (link) yang diberikan di bawah.

Maklumat Khusus Kepada Calon

(a) E-Mel Dan Nombor Telefon Yang Masih Aktif

Sila pastikan e-mel dan nombor telefon adalah aktif.

(b) Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

(c) Arahan Bertugas Di Menara PTPTN / Pejabat Negeri PTPTN (PPN)

Pegawai boleh diarah berkhidmat di Jabatan/Bahagian di Menara PTPTN atau Pejabat Cawangan PTPTN seluruh negara.

(d) Catatan Am

Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temu duga adalah atas tanggungjawab calon sendiri.

Pautan

Iklan, syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong