Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman sebagaimana berikut.

1. Pembantu Awam Gred H11

Tarikh tutup permohonan 25 Januari 2024 (Khamis).

Lokasi penempatan : Stadium Kedah, Kedah
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman 2024

1. Pembantu Awam Gred H11
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Berkelayakan PMR
Skim Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : 4
Jadual Gaji H11 : Min : RM 1,218.00 Max : RM 2,939.00
(Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 80.00)

Elaun

Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 95.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM 300.00
Bantuan Sara Hidup RM 300.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

Kelayakan lantikan Ke Gred 11

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Gaji Permulaan : Gred H11: RM 1,218.00
DAN

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ringkasan Tugas

Umum

Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.

Khusus

Bertanggungjawab melaksanakan tugas pembersihan kawasan venue, penyelenggaraan padang, pengoperasian jentera-jentera berkaitan dan terlibat dengan arahan penguatkuasaan. Calon juga perlu melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) serta melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Pejabat Pengurusan :

Perbadanan Stadium Negeri Kedah
Aras 3, Astaka Utama Stadium Darul Aman,
05100 Alor Setar
Kedah Darul Aman.

Tel : 04-7337313 / 04-7337314
Faks : 04-7334316

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Januari 2024 (Khamis).
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong