Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pejabat Menteri Besar Johor (PMBJ)

Jawatan kosong terkini di Pejabat Menteri Besar Johor (PMBJ) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Menteri Besar Johor (PMBJ) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Berita S41
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
3. Pembantu Operasi (Pelayan Rumah) N11

Tarikh tutup permohonan 5 September 2024 (Khamis).
Lokasi penempatan : PMBJ Johor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Pejabat Menteri Besar Johor (PMBJ) September 2024

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJ.01 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Borang yang telah lengkap disi dengan jelas dan terang hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport terkini dan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut:

(i) Salinan Sijil Kelahiran 
(ii) Salinan Kad Pengenalan
(iii) Salinan Surat Berhenti sekolah yang terakhir (iv) Salinan Sijil PMR/SPM/SVM/Sijil
(v) Salinan Ijazah (beserta transkrip penuh) (bagi gred S41) 
(vi) Salinan semakan Pengiktirafan kelayakan pendidikan dari JPA melalui pautan https://www.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (ljazah)
(vii) Lain-lain sijil/surat akuan berkaitan

3. Borang permohonan yang lengkap disi hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut :

KETUA SETIAUSAHA SULIT MENTERI BESAR JOHOR, 
PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR,
ARAS 4, BANGUNAN DATO JAAFAR MUHAMMAD,
KOTA ISKANDAR,
79502 ISKANDAR

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 September 2024 (Khamis), jam 3.30 petang.

Catatan Am

(a) Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya dipanggil temuduga, hendaklah menyertakan Surat Sokongan dari Ketua Jabatan, Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini beserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir;

(b) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga;

(c) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA;

(d) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong