Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MP Kangar 2024

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kangar (MP Kangar) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Negeri Perlis yang berkelayakan dan memenuhi syarat serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Majlis Perbandaran Kangar (MP Kangar) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Penguatkuasa KP19
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
3. Pembantu Tadbir H19

Tarikh tutup permohonan 29 Januari 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : MPkangar Perlis.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MP Kangar Januari 2024

Cara Memohon Dan Syarat-Syarat

1. Iklan kekosongan jawatan ini boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan dibawah.

2. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.PS-12-R1 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah dan semua borang permohonan jawatan perlu disertakan bersama salinan Sijil/Dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas seperti berikut :

i) Resume terkini ;
ii) Kad Pengenalan (depan dan belakang) 
iii) Sijil Kelahiran ;
iv) Sijil Berhenti Sekolah ;
v) Sijil-Sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Diploma/Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan) ;
vi) Sijil Kegiatan Luar (jika ada) ; dan
vii) Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon atau pengesahan kemahiran yang berkaitan.

3. Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen (Asal) semasa menghadiri temuduga tersebut.

4. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Penguasa Tempatan dikehendaki memaklumkan kepada Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan Pegawai-Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Bahagian III, Peraturan 18 serta mengemukakan secara berasingan ke pentadbiran Majlis dokumen-dokumen yang diakui sah oleh Ketua Jabatan seperti berikut :

i) Surat Pengesahan Ketua Jabatan ;
ii) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini ;
iii) Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini ;
iv) Salinan surat kelulusan pengisytiharan harta; dan
v) Salinan penyata gaji yang terkini.

Alamatkan Permohonan

1. Permohonan yang lengkap diiisi beserta salinan/dokumen yang telah disahkan hendaklah di alamat dan di sampaikan kepada :

TUAN YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR PERLIS,
NO 192 PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
(u.p : Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia)

2. Satu borang hanya untuk satu jawatan sahaja.

3. Sila tuliskan ‘nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.

Tarikh tutup permohonan jawatan kosong bagi jawatan yang dinyatakan ialah pada 29 Januari 2024 (Isnin) selewat-lewatnya sebelum jam 4.30 petang.

Maklumat Am

1. Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya :

i) Tidak menyertakan salinan dokumen/sijil yang disyaratkan ;
ii) Menyertakan salinan dokumen/sijil yang tidak dibuat pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas ;
iii) Borang permohonan tidak diisi dengan lengkap dan tulisan tidak terang/jelas ;
iv) Memohon jawatan yang tidak diiklankan ;
v) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan ;
vi) Borang permohonan tidak ditandatangani ;
vii) Borang permohonan diterima selepas tarikh tutup permohonan ; dan
viii) Borang permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

2. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.

3. Segala perbelanjaan berhubung permohonan ini dan bagi menghadiri temuduga sekiranya dipilih untuk peringkat tersebut tidak akan ditanggung oleh Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong