Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) 2024

Jawatan kosong terkini di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagaimana berikut.

1. Juruteknik Komputer Gred FT19

Tarikh tutup permohonan 06 Oktober 2024 (Ahad).
Lokasi penempatan : MPM Selangor
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Oktober 2024

1. Juruteknik Komputer Gred FT19
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Gaji Min - Maks : RM1,377.00 – RM4,052.00

Elaun

ITKA : RM115.00
ITP : RM300.001
BISH : RM350.00

Syarat Lantikan

(i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; (RM1,377.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (RM1,435.12); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (RM1,493.24); dan

(iv) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(v) Calon hendaklah memiliki kelulusan dalam bidang Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian atau Sistem Pengurusan Pengkalan Data dan Aplikasi Web atau Juruteknik Sistem Komputer atau Operasi Sistem Komputer atau Perkhidmatan Rangkaian Komputer.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat hendaklah membuat permohonan secara online di MPM eRecruitment (sila kepautan yang diberikan di bawah)

Permohonan hendaklah dibuat sebelum atau selewat-lewatnya pada 06 Oktober 2024 (Ahad).

Catatan Am

(a) Hanya calon yang terpilih akan dihubungi untuk temu duga.

(b) Permohonan yang lewat atau tidak mengikut peraturan akan ditolak.

(c) Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh 30 hari dari tarikh iklan ditutup.

Permohonan Jawatan

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong