- Ibu Pejabat (HQ) HDC, Kuching
- Pejabat Wilayah Kawasan Utara (PWKU), Miri
- Pejabat Tapak Bina (PTB), Bintulu
Bil. | Jawatan dan Gred | Penempatan dan Kekosongan | Tarikh Tutup |
---|---|---|---|
1. | Jurutera Awam J41 | Miri (1) | 05 Feb 2024 |
2. | Akauntan WA41 | Kuching (1) | 05 Feb 2024 |
3. | Pegawai Penyelidik Q41 | Kuching (1) | 05 Feb 2024 |
4. | Pegawai Tadbir N4 | Kuching (1) | 05 Feb 2024 |
5. | Penolong Pegawai Tadbir N29 | Bintulu (1) | 05 Feb 2024 |
6. | Pelukis Pelan JA19 | Miri (1) | 05 Feb 2024 |
7. | Pembantu Tadbir N19 | Kuching (4) | 05 Feb 2024 |
8. | Pembantu Awam H11 | Kuching (2), Bintulu (1) | 05 Feb 2024 |
Tarikh tutup permohonan 05 Februari 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : HDC Sarawak
Sektor : Badan Berkanun
a) Semua pemohon hendaklah mengemukakan permohonan SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) melalui laman web Perbadanan Pembangunan Perumahan (sila kepautan yang diberikan di bawah).
b) Selain itu, semua pemohon juga dikehendaki menghantar SATU SALINAN DOKUMEN (HARDCOPY) seperti berikut:-
i. Salinan Resume berserta Cover Letter;
ii. Sekeping gambar berukuran passport;
iii. Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;
iv. Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan;
v. Salinan Sijil Akademik yang telah disahkan; dan
vi. Salinan Sijil-sijil lain dan dokumen berkaitan yang telah disahkan.
Salinan dokumen tersebut hendaklah DIHANTAR kepada:
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN (HDC)
WISMA SULTAN TENGAH, JALAN SUKMA
PETRA JAYA, 93730 KUCHING, SARAWAK
(U.P: SEKSYEN SUMBER MANUSIA)
c) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga;
d) Segala kos berkaitan dengan permohonan dan temuduga jawatan tersebut adalah tanggungjawab calon;
e) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya;
f) Permohonan daripada pegawai-pegawai kerajaan, Badan-badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama Salinan Penyata Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi (3 tahun terakhir) dan Laporan Sulit daripada majikan;
g) Penempatan calon adalah tertakluk kepada keperluan dan perubahan dari semasa ke semasa; dan
h) Permohonan akan dibuka bermula pada 22 Januari 2024 (12:00 tengahari). Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 Februari 2024 (5:00 petang). Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini
Permohonan jawatan secara online disini