Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Temuduga Terbuka Ahli Bomba AFRS Tahun 2025

Temuduga terbuka terkini di Malaysia Airports 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka di Malaysia Airports sebagai:

Jawatan : Ahli Bomba AFRS

Tarikh Temuduga (Semenanjung)

1. Balai AFRS
Lapangan Terbang
Sultan Abdul Halim
06200 Alor Setar, Kedah

Tarikh Temuduga : 17 November 2024 (Ahad)
Masa : 8.30 Pagi - 10.30 Pagi

Tarikh Temuduga (Sabah & Sarawak)

1. Balai AFRS
Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu
88740 Kota Kinabalu, Sabah.

Tarikh Temuduga : 12 November 2024 (Selasa)
Masa : 8.00 Pagi - 10.30 Pagi

2. Balai AFRS
Lapangan Terbang Bintulu
97000 Bintulu, Sarawak

Tarikh Temuduga : 14 November 2024 (Khamis)
Masa : 8.00 Pagi - 10.30 Pagi

Temuduga Terbuka Ahli Bomba AFRS Tahun 2025

Calon-calon yang berkelayakan seperti syarat-syarat kelayakan dibawah hendaklah membawa bersama dokumen asal dan salinan seperti berikut:
  • Resume (Biodata lengkap berserta gambar, tahap pendidikan, pengalaman kerja, lesen memandu, tinggi, berat dll)
  • Salinan kad pengenalan yang telah disahkan
  • Salinan Dokumen Tamat Perkhidmatan bagi anggota tetap ATM dan JBPM
  • Salinan sijil akademik dan ko-kurikulum yang telah disahkan
  • 2 keping gambar berukuran paspot yang terkini
Kegagalan menyertakan dokumen lengkap menyebabkan permohonan anda tidak akan diterima.

Sila hadir mengikut etika berpakaian yang telah ditetapkan.
  • Calon yang hadir kehendaki memakai pakaian sukan (t-shirt berkolar, seluar track bottom bersama seluar pendek, kasut sukan dan berstokin) terlebih dahulu dan membawa persalinan pakaian pejabat formal (kemeja lengan panjang berwarna cerah, tali leher, seluar pejabat, tali pinggang, kasut pejabat dan berstokin) sekiranya layak ke peringkat temuduga lisan
  • Pemakaian Jeans dan Selipar adalah TIDAK DIBENARKAN.
Syarat Kelayakan Akademik
  • SPM dengan Bahasa Melayu KEPUJIAN dengan empat (4) mata pelajaran LULUS termasuk Bahasa Inggeris.
  • SVM dengan Bahasa Melayu (1104) diperingkat KEPUJIAN dengan empat (4) mata pelajaran LULUS termasuk Bahasa Inggeris setiap semester. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) akademik melebihi 2.50. LULUS subjek mata pelajaran sekurang-kurangnya Gred C.
Syarat Kelayakan Am
  • Warganegara Malaysia LELAKI sahaja, maklumat akan disemak dengan JPN.
Umur
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun ATAU tidak melebihi 35 tahun pada tarikh 31 Disember 2024 bagi bekas anggota tetap ATM dan JBPM.
Fizikal
  • Tinggi (minimum 1.60m tanpa kasut).
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) antara julat 19 - 28.
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Pemeriksaan Rekod

Rekod Jenayah
  • Tidak mempunyai kesalahan penyalahgunaan dadah. Segala maklumat pemohon akan disemak dengan mahkamah dan AADK.
Tahap Kesihatan
  • Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
Ujian Ketahan Dan Kelayakan Fizikal

Ujian Pendengaran
  • Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran.
Ujian Penglihatan
  • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna. Ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9.
Ujian Fizikal

Calon-calon dikehendaki menjalani ujian ketahanan fizikal seperti berikut:

1. Ujian Duduk dan Jangkau
2. Ujian Genggaman Tangan
3. Ujian Membawa Hos RRL 30 meter
4. Ujian Larian Ulang Alik 20 meter
5. Ujian Lakuan Motor

Program Latihan Asas
  • Calon-calon yang berjaya di dalam sesi temuduga ini dan lulus tapisan keselamatan oleh PDRM dikehendaki mengikuti dan lulus Latihan Asas Kebombaan selama lapan belas (18) minggu di pusat latihan yang bertauliah.
  • Pelatih yang berjaya menamatkan latihan asas AFRS akan dilantik sebagai Ahli Bomba Malaysia Airports Holdings Berhad
Faedah dan Kemudahan menyertai Malaysia Airports
  • Gaji pokok yang menarik bermula RM1,900 serta peluang kenaikan pangkat.
  • Caruman KWSP dan PERKESO
  • Elaun: sara hidup, dobi, syif, perumahan dan pengangkutan
  • Kemudahan perubatan dan pergigian
  • Pakaian seragam dan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) disediakan
  • Cuti tahunan
  • Bonus Tahunan (Mengikut kelayakan)
  • Skim Insuran Hayat berkelompok
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

7 comments

  1. salam tuan. untuk bekas askar umur sudah 38 tahun layak ka?
    1. Bekas ATM limit sampai 35 tahun tuan..
  2. Salam tuan.. saya anggota bomba bantuan. Tapi bi saya gagal. Boleh mohon ke?
  3. assalamualaikum tuan. umur saya 24. spm gagal bole mohon ke tuan?
  4. tuan, walk in sahaja atau ada lgi mau isi dlam talian
  5. ini walk in ke?
  6. Walk in ke
Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong