Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong LMNPP November 2023

Jawatan kosong terkini di Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
Taraf Jawatan : Kontrak
Jabatan : Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang
Klasifikasi Perkhidmatan : Teknologi Maklumat
Kumpulan Perkidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,549.00 - RM5,684.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Imbuhan Tetap

Khidmat Awam : RM 160.00
Perumahan : RM 300.00
Bantuan Sara Hidup : RM 350.00

Tarikh tutup permohonan 23 November 2023 (Khamis).
Lokasi penempatan : LMNPP Pulau Pinang.
Sektor : Kerajaan / Berkanun

Jawatan Kosong LMNPP November 2023

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 28 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Syarat Lantikan Ke Gred FA29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Sijil dalam bidang teknologi maklumat, prosesan data atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00); atau
ii. Diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setara dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,855.00).
DAN
Syarat Bahasa Melayu : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab membangun program baharu untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

Cara Memohon

(i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

(ii) Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.

(iii) Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran passport, butiran diri (resume) yang menyatakan kelayakan akademik, pengalaman bekerja, kad pengenalan, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah disahkan daripada salinan asal.

(iv) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan.

(v) Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada :-

Bahagian Pentadbiran (Perjawatan)
Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang
No. 57 Jalan Macalister
10400 George Town, Pulau Pinang.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 November 2023 (Khamis).

(vi) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima untuk pertimbangan.

Catatan Am

(i) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temu duga.
(ii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(iii) Segala perbelanjaan bagi urusan temu duga hendaklah ditanggung oleh calon-calon sendiri.
(iv) Hanya calon-calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dimaklumkan.
(v) Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang cergas dan mempunyai daya inisiatif / komitmen yang tinggi dalam tugas yang dipertanggungjawabkan.

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong