Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Mas (MDPMas) 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPMas) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPMas) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
2. Pembantu Penguatkuasa KP19
3. Pembantu Awam H11

Tarikh tutup permohonan 09 November 2023 (Khamis).
Lokasi penempatan : MD Pasir Mas, Kelantan.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Mas (MDPMas) November 2023

Cara Memohon

a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDPM 1 yang boleh didapati di Majlis Daerah Pasir Mas dengan harga RM 2.00. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Pasir Mas beserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00.

b. Satu permohonan jawatan sahaja boleh diisi menggunakan satu Borang Permohonan MDPM 1.

c. Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, sijil/diploma/ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan.

d. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.

e. Alamat Permohonan :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PASIR MAS
KOMPLEKS APAM PUTRA
BANDAR BARU PASIR MAS, LUBOK JONG
17070 PASIR MAS, KELANTAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 09 November 2023 (Khamis).

Catatan Am
  • Permohonan yang tidak lengkap dan memenuhi syarat akan ditolak.
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong