Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pekan 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Pekan (MD Pekan) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Pahang Darul Makmur) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP dan Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Majlis Perbandaran Pekan (MD Pekan) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Taraf Jawatan Tarikh Tutup
1. Penolong Pegawai Senibina JA29 Tetap 05 Oktober 2023
2. Pembantu Tabir N19 Tetap 05 Oktober 2023
3. Pembantu Akauntan W19 Pekerja Sambilan Harian (PSH) 05 Oktober 2023
4. Pembantu Penilaian W19 Pekerja Sambilan Harian (PSH) 05 Oktober 2023
5. Pereka B19 Pekerja Sambilan Harian (PSH) 05 Oktober 2023

Tarikh tutup permohonan 05 Oktober 2023 (Khamis).
Lokasi penempatan : MD Pekan Pahang.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MD Pekan Oktober 2023

Cara Memohon dan Syarat-syarat

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuaturun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama salinan dokumen yang telah disahkan :-

i) Sijil Kelahiran
ii) Kad Pengenalan (depan dan belakang)
iii) Sijil Berhenti Sekolah
iii) Sijil/Diploma/Ijazah yang berkaitan
iv) Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon

3. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu jawatan sahaja.

4. Sila tulis `nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.

5. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PEKAN
JALAN MAHKOTA
26600 PEKAN BANDAR DIRAJA
PAHANG DARUL MAKMUR
(U.P: JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 05 OKTOBER 2023

Catatan Am

1. Permohonan AKAN DITOLAK jika borang permohonan:

i) Mengemukakan dokumen palsu
ii) Tidak menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Perbandaran Pekan.
iii) Tidak lengkap, tidak ditandatangani, tidak terang dan memohon jawatan yang tidak diiklankan.
iv) Tidak menyertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang disyaratkan dan tidak disahkan.
v) Permohonan diterima selepas tarikh tutup.

2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.

3. Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh pemohon sendiri.

4) Sila ambil maklum pengambilan bagi jawatan ‘Contract For Services’ (CFS) dan Pekerja Sambilan Harian (PSH) bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong