Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Muar (MPM) 2024

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Muar (MPM) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Johor Darul Takzim) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Muar (MPM) sebagaimana berikut.

1. Jurutera J41
2. Penolong Pegawai Penilaian W29
3. Pemandu Kenderaan H11

Tarikh tutup permohonan 21 September 2024 (Sabtu).
Lokasi penempatan : MP Muar Johor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong MP Muar September 2024

Permohonan

(a) Pemohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan Perintah Am Bab A Bil.18 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi 3 tahun terkini;

(b) Permohonan hendaklah disertakan ‘video resume’ yang berdurasi tidak lebih dari 3 minit dalam bentuk softcopy. Garis panduan penyediaan ‘video resume’ adalah sebagaimana berikut :

a) Video tersebut hendaklah menggunakan suara pemohon sebenar.
b) Kandungan video tersebut hendaklah merangkumi sebahagian besar perkara-perkara di bawah;

i. Ringkasan latar belakang pemohon
ii. Ringkasan latar belakang keluarga pemohon
iii. Ringkasan pengalaman kerja pemohon
iv. Pekerjaan / aktiviti terakhir atau semasa pemohon
v. Ringkasan pencapaian / anugerah tertinggi pemohon
vi. Ringkasan hobi dan kegiatan luar pemohon
vii. Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO’
viii. Ringkasan kelebihan / kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon
ix. Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon
x. Ringkasan kelemahan / kekurangan pemohon
xi. Pemohon digalakkan menghasilkan ‘video resume’ yang unik dan kreatif.
xii. Video hendaklah dihantar melalui email kepada urus setia di alamat hr.mpmuar@gmail.com. Sila pastikan video yang dihantar mempunyai nama pemohon, no. KP dan jawatan yang dipohon.

(c) Pemohonan yang lewat, tidak lengkap, tidak diakui sah atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;

(d) Sebarang usaha untuk membuat penghantaran dokumen SELEPAS borang dihantar / tarikh iklan ditutup TIDAK AKAN DITERIMA.

(e) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun secara percuma pada pautan yang diberikan di bawah. atau di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan pada hari bekerja sahaja sepanjang hari Ahad hingga Rabu dari jam 08.30 pagi hingga 4.30 petang, dan hari Khamis dari jam 08.30 pagi hingga 03.00 petang dengan bayaran RM 1.00/set. Sila sertakan sekeping gambar terbaru berukuran passport dan salinan yang telah disahkan semua dokumen seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan;

(f) Sila kembarkan surat pengiktirafan akreditasi bagi kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil yang boleh diakses di laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan dilampirkan bersama borang permohonan.

(g) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ujian bertulis dan temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian dan temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.

(h) Sila tulis nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN MUAR
KARUNG BERKUNCI NO. 516
84009 MUAR
(u.p : Bahagian Sumber Manusia)

7. TARIKH AKHIR PERMOHONAN : 21 SEPTEMBER 2024

Iklan, syarat kelayakam dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong