Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MAINPP 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sebagaimana berikut.

1. Setiausaha Gred 54

Tarikh tutup permohonan 19 September 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : MAINPP Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MAINPP September 2023

Jawatan : SETIAUSAHA GRED 54 (TERBUKA)
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan : Kontrak
Tanggagaji - Gred 54 (Terbuka) : RM6,177.00 (minimum) – RM13,251.00 (maksimum)

Elaun

Imbuhan Tetap Keraian : RM800.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM900.00
Bantuan Sara Hidup : RM300.00

Syarat Lantikan

(i) Warganegara Malaysia

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kepujian atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(iii) Berkebolehan untuk merancang dan memimpin organisasi di peringkat Ketua Jabatan;

(iv) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(v) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 15 tahun dan ke atas dalam bidang pengurusan dan pembangunan organisasi, pengurusan kewangan dan pembangunan hartanah.

Pengalaman Tambahan

Mempunyai pengetahuan dan pengalaman kerja dalam bidang pengurusan tanah, pengurusan projek, perundangan dan agama Islam adalah satu kelebihan.

Diskripsi Tugas

(i) Bertanggungjawab merancang, menggubal, melaksana dan memantau dasar-dasar awam pengurusan dan pembangunan organisasi, pengurusan kewangan, pengurusan hartanah, aset dan perundangan.

(ii) Bertanggungjawab sebagai Ketua Jabatan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

(iii) Bertanggungjawab untuk mengurus Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang seperti yang diputuskan di bawah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 dan Amalan Terbaik Pengurusan Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2003 termasuk pindaan.

(iv) Menyemak Anggaran Belanjawan Tahunan Majlis untuk kelulusan Jawatankuasa Pelaburan, Kewangan dan Belanjawan MAINPP, Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

(v) Memantau kutipan hasil Majlis dan perbelanjaan secara berhemah dan berakauntabiliti.

(vi) Memantau pengurusan semua harta Majlis dalam bentuk harta alih dan harta tak alih yang termasuk semua wang, harta wakaf, harta perolehan faraid, harta luqatah, tanah berimilik dan lain-lain.

(vii) Memantau pembangunan hartanah Majlis dengan cara yang sesuai mengikut kehendak hukum Islam supaya membawa faedah maksimum kepada pewakaf dan umat Islam.

Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang boleh diperolehi secara PERCUMA pada pautan berikut : klik disini

(b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32cm x 22cm.

(c) Permohonan yang berikut akan ditolak:

(i) Tidak menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

(ii) Tidak lengkap atau tidak terang.

Permohonan hendaklah disampaikan kepada:

Setiausaha
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Tingkat 7, 8 & 9, Menara JKP
No.128, Jalan Macalister
10400 PULAU PINANG.


pada atau sebelum 19 September 2023

Catatan Am:

(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
(b) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Segala perbelanjaan bagi urusan temuduga hendaklah ditanggung oleh calon sendiri.
(d) Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.
(e) Keutamaan akan diberi kepada anak Negeri Pulau Pinang, cergas dan mempunyai daya inisiatif/ komitmen yang tinggi dalam tugas yang dipertanggungjawabkan.
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong