Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) 2025

Jawatan kosong terkini di Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) sebagaimana berikut.

1. Pemandu Rasmi Gred PP10

Tarikh tutup permohonan 21 Januari 2025 (Selasa).
Lokasi penempatan : LPJ Johor
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) 2025

Jawatan : Pemandu Rasmi Gred PP10
Lantikan : Tetap / Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Bukan Eksekutif
Gaji (SGMM) : Minimum RM1,616.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100

Elaun

Khidmat Awam : RM120.00
ITP : RM400.00
Saraan (COLA) : RM300.00

Penempatan : Unit Pentadbiran & Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan

Syarat Permohonan

Calon hendaklah memenuhi kelayakan berikut :-

(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun daripada tarikh tutup iklan; dan
(c) Bebas daripada sebarang rekod jenayah, penyalahgunaan dadah, tuduhan rasuah (SPRM), keberhutangan serius, muflis dan tindakan tatatertib; dan
(d) Mahir dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan
(e) Memiliki lesen memandu Kelas B2 / B / D / E2 / E1 / E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan; dan
(f) Kemahiran dalam membawa kenderaan seperti kereta, van, kenderaan pacuan empat roda dan motorsikal; dan
(g) Perakuan pemeriksaan kesihatan melalui Laporan perubatan Klinik/Hospital dari panel LPJ.

Syarat Lantikan

(a) Memilik Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tempatan atau luar negara;

(b) Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(c) Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan pemanduan kenderaan sekurang-kurangnya dua (2) tahun ke atas.

Ringkasan Tugas Dan Tanggungjawab

Melaksanakan tugas-tugas pemanduan rasmi, menjaga dan memastikan kenderaan rasmi berada di dalam keadaan yang baik, elok dan selamat untuk setiap perjalanan serta membantu menghantar kenderaan rasmi bagi tujuan penyelenggaraan.

Cara Memohon

(a) Borang permohonan boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah, sila sertakan juga borang pemeriksaan kesihatan yang boleh dimuat turun di bawah.

(b) Borang permohonan yang lengkap perlu di sertakan bersama-sama dokumen berikut:

(i) Resume dengan Curriculum Vitae (CV) yang mempunyai;

i. Maklumat peribadi,
ii. Kelayakan akademik/ kompetensi (sertakan bersama sijil berkaitan)
iii. Pengalaman kerja
iv. Jangkaan gaji
v. Sekeping gambar terbaharu berukuran pasport; dan

(ii) Salinan Sijil Kelahiran & Salinan Kad Pengenalan; dan

(iii) Semua salinan sijil-sijil yang disertakan perlu disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan & Profesional yang berkelayakan ; dan

(iv) Laporan Pemeriksaan Kesihatan terkini.

(c) Borang permohonan dan dokumen yang lengkap sahaja akan diproses. Borang yang lengkap diisi dan dokumen terlibat dengan permohonan hendaklah dihantar kepada:

PENGURUS BESAR
LEMBAGA PELABUHAN JOHOR
JALAN MAWAR MERAH 2,
PUSAT PERDAGANGAN PASIR GUDANG 2,
81700 PASIR GUDANG, JOHOR DARUL TA’ZIM
(U.P : Unit Pentadbiran & Sumber Manusia)

Tel: 07-2534000

Maklumat Temuduga

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Calon yang di senarai pendek untuk menghadiri temu duga dikehendaki mendapatkan surat pengiktirafan MQA kelayakan melalui : https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

2. Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh temu duga, adalah dianggap tidak berjaya.

3. Tarikh Tutup Permohonan : 21 Januari 2025 (Selasa), jam 5.00 petang

Muat turun

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Muat turun borang pengesahan kesihatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong