Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PERKESO Ogos 2023

Jawatan kosong terkini di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Perubatan Gred 24

Tarikh tutup permohonan pada 21 Ogos 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong PERKESO Ogos 2023

Kelayakan

1. Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

2. Memiliki Ijazah dalam bidang perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

3. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

4. Memiliki Sijil Pendaftaran Penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;

5. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangya 2 tahun dalam bidang perubatan;

6. Keutamaan kepada calon-calon yang memiliki pensijilan Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) atau sijil yang setaraf dengannya;

7. Calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang kesihatan awam atau kesihatan pekerjaan akan diutamakan;

8. Bersedia untuk bertugas di seluruh Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Seberang Jaya dan Kuala Terengganu.

Tanggungjawab

1. Merancang, melaksana dan menguruskan program-program pencegahan, perubatan dan pemulihan;

2. Menyediakan pandangan perubatan untuk kes Penyakit Khidmat, Bencana Kerja dan Ilat;

3. Membuat semakan keputusan Jemaah Doktor dan memantau perjalanan Jemaah Doktor/Jemaah Doktor Rayuan;

4. Menilai tahap hilang upaya sebagai Penilai Perubatan;

5. Menjalankan promosi berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

6. Bertanggungjawab menyemak dan meluluskan permohonan perkhidmatan pemulihan;

7. Melaksanakan program latihan pemantapan, garis panduan bagi perkhidmatan pencegahan, perubatan dan pemulihan PERKESO;

8. Melaksanakan program latihan untuk pegawai PERKESO;

9. Menjadi tenaga pengajar bagi program anjuran Bahagian/ Cawangan PERKESO;

10. Terlibat dalam sistem pengurusan faedah perubatan PERKESO;

11. Lain-lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Lingkungan Gaji

Min.RM5,600.00-Mak.RM19,000.00

Waktu Bekerja

8.00 jam

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong