Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS)

Jawatan kosong terkini di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang terdiri daripada Anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) sepertimana berikut.

1. Pegawai Tadbir N41
2. Penolong Pegawai Tanah NT29

Tarikh tutup permohonan 23 Jun 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : PTGS Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) Jun 2023

Butiran permohonan

a) Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan), salinan MyKad, salinan kelulusan akademik, salinan sijil berhenti sekolah dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas)/Pengetua/Guru besar/Penghulu sahaja;

b) Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;

c) Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang PTGS/BKP-2023 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah dan sila kemukakan permohonan ke alamat berikut;

PENGARAH
PEJABAT TANAH DAN GALIAN
SELANGOR TINGKAT 4, BAHAGIAN
KHIDMAT PENGURUSAN,
BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ
SHAH,40576 SHAH ALAM
(u/p : Unit Perkhidmatan/Perjawatan)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Jun 2023 (Jumaat).

Nota:

• Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil ke sesi temuduga;
• Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Muat turun syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong