Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UPM November 2024

Jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM) 2024. permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Pust Pertanian Putra sebagaimana berikut.

1. Pegawai Eksekutif 4

Tarikh tutup permohonan 20 November 2024 (Rabu).
Lokasi penempatan : UPM Serdang, Selangor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong UPM November 2024

Jawatan : Pegawai Eksekutif 4
Kumpulan : Pelaksana
Taraf : Kontrak
Gred : PE4 (Setara Gred N29)
Imbuhan Bulanan : RM2,300.00
Penempatan : Seksyen Pentadbiran, Kewangan dan Perkhidmatan Pusat Pertanian Putra, UPM.

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3. Calon harus memiliki Diploma dalam bidang Pentadbiran, Sumber Manusia, Pengurusan atau ijazah yang setara dengannya dari institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara yang diiktiraf, atau kelayakan-kelayakan lain yang setaraf dengannya.

4. Pengetahuan yang baik tentang Microsoft Office, (Excel, Word, PowerPoint dll. Dan Canva AI Tools)

5. Kreatif, berdikari, proaktif, berdisiplin, komited dengan kerja, bertanggungjawab & mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

6. Cekap dalam pengurusan masa, kemahiran organisasi yang baik, dan keupayaan untuk mengendalikan pelbagai tugas.

7. Bahasa yang diperlukan, Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia, kedua-dua bertulis dan lisan.

8. Minat mengendalikan dron.

9. Calon haruslah mempunyai kenderaan sendiri.

Senarai Tugas

Tugas dan tanggungjawab pegawai yang dilantik merangkumi perkara-perkara berikut:

1. Melaksanakan tugasan pentadbiran, logistik dan operasi seksyen.

2. Menguruskan lawatan, aktiviti dan program tahunan seksyen.

3. Memastikan rekod disimpan, dilindungi dan dilupuskan mengikut prosedur yang didokumenkan.

4. Menyelenggara fail pejabat dan senarai inventori untuk kegunaan aktiviti.

5. Terlibat dalam prosedur pengurusan dan pengauditan ISO, membantu Pegawai Kawalan Dokumen dalam menyemak, mengemaskini, menyimpan, melindungi dan melupuskan dokumen kewangan dengan sewajarnya.

6. Melakukan aktiviti lain secara berkala seperti yang diarahkan.

7. Membantu dalam pengurusan aset jabatan.

8. Penulisan artikel berita dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan mengendalikan laman Web PTJ.

Cara Memohon

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (Kod Dokumen: SOK/BUM/BR03/JAWATAN 02) yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah dan disertakan dengan salinan kad pengenalan (berpalang), sijil akademik, sijil-sijil yang berkaitan dan curriculum vitae (CV) terkini.

Sila hantarkan borang yang telah lengkap beserta sijil/dokumen yang berkaitan ke alamat:

Penolong Pendaftar Kanan
Seksyen Pentadbiran, Kewangan dan Perkhidmatan
Pusat Pertanian Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
SELANGOR


Tarikh Tutup: Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat di atas tidak lewat 20 November 2024.

Perhatian

(i) Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima tidak akan dilayan.

(ii) Hanya calon yang berjaya dalam proses saringan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

(iii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan boleh menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong