1. Pembanci (Pembanci Di Lapangan)
Status : Kontrak
Kadar upah : RM 1,700.00 sebulan
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan PERKESO.
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil/Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
iv) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
1. Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah mengisi borang permohonan ICU/PPNPP/PEMBANCI-19/2023 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Sila kemukakan borang permohonan beserta gambar berukuran passport terkini dan juga salinan kad pengenalan, salinan sijil dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan ke alamat yang berikut:
PENGARAH
Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM)
Jabatan Perdana Menteri
Tingkat 6, Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara
13200 Kepala Batas
PULAU PINANG
(U.P.: SEKSYEN KESEJAHTERAAN RAKYAT)
Atau boleh juga dihantar melalui emel
hafiz.zamri@ppg.icu.gov.my
Borang permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 31 Mei 2023 (Rabu), sebelum jam 4:30 petang ke alamat emel tersebut atau dihantar secara manual ke alamat seperti di atas dengan mencatat Nama dan Jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat. Hanya calon-calon yang berkelayakan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Mereka yang tidak dihubungi selepas 3 bulan daripada tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
Muat turun borang permohonan jawatan disini