1. Pegawai Tadbir N13
2. Penolong Pegawai Tadbir N7
Tarikh tutup permohonan 14 Disember 2024 (Sabtu).
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Badan Berkanun
a) permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
b) borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dokumen seperti berikut:
i. satu (1) keping gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan)
ii. salinan MyKad dan salinan Sijil Kelahiran.
iii. salinan Kelulusan Akademik (berkaitan permohonan) dan lain-lain dokumen sokongan.
iv. permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah disertakan salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini dan mestilah melalui Ketua Jabatan Masing masing mengikut peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.
v. kesemua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 9 dan ke atas).
c) Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,
MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA,
Blok B, Aras Bawah, Jalan Cenderasari,
50590 KUALA LUMPUR.
U.P: Pengurus Sumber Manusia
d) Tuliskan NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR.
e) Permohonan yang tidak lengkap/lewat TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
f) Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Disember 2024 (Ahad).
Muat turun
Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini