Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 2024

Jawatan kosong terkini di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Tadbir (Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat) Gred N29
2. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19

Tarikh tutup permohonan 14 November 2024 (Khamis).
Lokasi penempatan : YPJ Johor
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 2024

Cara Memohon

i. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang YPJ 007 yang boleh diperolehi secara percuma di Pejabat Yayasan Pelajaran Johor, No. 15, Bangunan YPJ, Jalan Nuri, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim atau sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

ii. Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa mengembalikan borang permohonan.

iii. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah Mengikut Peraturan 17, Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005).

iv. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut :-

a. Kad Pengenalan
b. Sijil Kelahiran
c. Sijil-Sijil Persekolahan (SRP/PMR/PT3/SPM/STA/STPM/STAM)
d. Sijil Berhenti Sekolah Yang Terakhir
e. Diploma / Ijazah berserta transkrip penuh (jika berkaitan)
v. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Pengurus Besar
Yayasan Pelajaran Johor
No 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Kg. Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru


Catatan Am

i. Setiap permohonan jawatan hendaklah menggunakan satu borang sahaja bagi setiap jawatan yang di pohon. Sekiranya permohonan jawatan lebih daripada satu hendaklah menggunakan borang yang berasingan.

ii. Hanya calon – calon yang layak selepas tapisan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil / dihubungi untuk ditemuduga.

iii. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

iv. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

v. Pegawai-Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan disertakan dengan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini.

Muat turun

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong