Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UiTM Perlis April 2023

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2023. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan TETAP di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis Kampus Arau.

1. Pegawai Eksekutif (Pengurus Asrama) N29

Tarikh tutup permohonan 17 April 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : UiTM Arau Perlis.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UiTM Perlis April 2023

1. Pegawai Eksekutif (Pengurus Asrama) N29
Skim Perkhidmatan : Penolong Pengurus Asrama
Taraf perkhidmatan : Tetap
Jadual gaji min-maks. : RM1,493.00 - RM5,672.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N29 : RM1,493.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred N29 : RM1,493.00); atau
(iii) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred N29 : RM1,770.95)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penyelia Asrama adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Eksekutif (Pengurusan Asrama), tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) Had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

Cara Membuat Permohonan

1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama salinan dokumen berikut yang telah DISAHKAN BENAR dari salinan asal;

a) Salinan Kad Pengenalan dan sijil lahir
b) Salinan tamat persekolahan
c) Salinan sijil SPM / STPM / STAM atau setaraf
d) Salinan sijil Diploma/ Ijazah (sekiranya berkaitan)
e) Surat Pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada untuk mengambil kira pengalaman kerja/ penetapan gaji

3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

4. Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon di penjuru kiri (atas) sampul surat.

5. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17hb April 2023 (Isnin)

Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PERLIS
02600 ARAU
PERLIS

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong